Cari:
Ye Gong Hao Long
2010-03-31 08:50:23 CRI Cetak

Ye Gong Gemar Akan Naga

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, di negeri Chu, ada seorang bangsawan bernama Shen Chuliang yang telah dianugerahi gelaran "Ye Gong" atau "Tuan Ye" oleh maharaja. Dia dikatakan sangat gemar akan naga, sehingga seluruh rumahnya, baik dinding, loteng, alang dan tiang mahupun pintu dan jendela, semua dihiasinya dengan ukiran atau gambar naga.

Apabila mengetahui hal tersebut, naga yang benar-benar ada di kayangan berasa sangat terharu. Maka, turunlah naga tersebut ke bumi ini untuk menziarahi Ye Gong. Bagaimanapun, kasihan sungguh! Apabila ternampak ada seekor naga yang hidup sedang menjengukkan kepalanya di tingkap sambil meninjau-ninjau, dengan ekornya yang panjang meleret di atas lantai dewan rumahnya, Ye Gong menjadi sangat takut hingga dia berteriak sekuat-kuatnya sambil berlari lintang pukang.

Sejak itu, orang ramai pun tahu bahawa Ye Gong hanya suka kepada naga yang berupa hiasan, gambar atau ukiran sahaja, bukanlah naga yang sebenarnya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Ye Gong Hao Long" atau "Ye Gong Gemar Akan Naga" ini, membawa erti gemar akan sesuatu yang sebenarnya ditakuti. Ia digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang pada zahirnya sangat berminat kepada sesuatu benda, tetapi hakikatnya bukanlah benar-benar suka kepada benda tersebut, malah takut kepadanya.

Ia boleh digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka menggembar-gembur tentang kegemarannya, tetapi ketika benda atau objek yang selalu digembar-gemburkannya itu benar-benar muncul di hadapannya, wajahnya segera menjadi pucat ketakutan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China