Cari:
Chen Yu Luo Yan
2010-04-28 11:50:47 CRI Cetak

Membuatkan Ikan Tenggelam ke Dasar Sungai, dan Angsa Yang Terbang Jatuh ke Tanah

Asal Usul:

Dalam sejarah China, terdapat empat orang jelitawan yang sangat terkenal. Mereka ialah Xi Shi, Wang Zhaojun, Diao Chan dan Yang Yuhuan.

Xi Shi hidup di negeri Yue pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi. Kononnya, pada suatu hari, beliau bersama-sama dengan beberapa orang kawannya, pergi mencuci sapu tangan di tebing sebatang anak sungai. Ikan dalam sungai itu terlihat wajah Xi Shi. Kesemuanya terpesona dengan kecantikannya, sehingga lupa untuk berenang, lalu tenggelam ke dasar sungai.

Wang Zhaojun pula hidup pada zaman Dinasti Han, iaitu antara tahun 202 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi. Pada suatu hari, maharaja pada ketika itu mendapat berita bahawa sebuah negeri di bahagian utara sedang merancang untuk menyerang negerinya. Untuk mengelak daripada berlakunya perang, baginda terfikir satu cara yang bijak, iaitu mengahwinkan Wang Zhaojun, salah seorang gundiknya, dengan raja negeri tersebut. Maka, dengan perintah baginda, Wang Zhaojun, bersama beberapa orang pengiringnya, pun berangkat, menuju ke negeri itu. Menurut ceritanya, dalam perjalanannya itu, seekor angsa liar terbang lalu di atas kepalanya. Burung itu amat terkejut melihat kecantikannya, hingga terlupa untuk terbang, lalu jatuh ke tanah.

Selepas itu, jika mahu memuji kecantikan seseorang gadis, orang ramai pun mengatakan bahawa gadis itu memiliki wajah yang membuatkan ikan tenggelam ke dasar sungai, dan angsa yang terbang jatuh ke tanah.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Chen Yu Luo Yan" ini membawa erti, ikan yang berenang dalam sungai dan angsa yang terbang di angkasa pun terpesona dengan kecantikan seseorang itu. Peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan kecantikan wanita yang amat luar biasa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China