Cari:
Bu He Shi Yi
2010-05-05 10:19:40 CRI Cetak

Tidak Secocok dengan Keperluan Semasa

Asal Usul:

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-4 sebelum Masihi, ada sepasang suami isteri yang tinggal di negeri Lu. Si suami itu ialah seorang tukang kasut yang mahir, manakala isterinya pula sangat pandai menenun kain tafeta. Pada suatu hari, selepas berbincang, pasangan tersebut memutuskan untuk mencari rezeki ke negeri Yue.

Apabila mendengar berita tersebut, salah seorang jiran mereka pun memberikan cadangan,

"Janganlah pergi ke sana! Nanti susah bagi kamu berdua untuk mencari nafkah di negeri itu."

Pasangan itu bertanya dengan hairan,

"Kami faham apa maksud awak. Kami berdua menguasai kemahiran membuat kasut dan menenun kain. Mengapa awak mengatakan, kami tak boleh mencari rezeki dengan kemahiran sebegitu. Janganlah membodoh-bodohkan kami!"

Jiran mereka itu terus memberikan penjelasan,

"Memanglah awak berdua mempunyai kemahiran membuat kasut dan menenun kain. Bagaimanapun, kasut dibuat untuk dipakai oleh orang. Tetapi, setahu saya, orang di negeri Yue lebih suka berkaki ayam. Kain tafeta yang awak tenun itu pula digunakan untuk membuat topi, tetapi orang di negeri itu lebih suka membiarkan rambut mereka menggerbang. Tidak ada seorang pun di sana yang suka memakai topi. Fikirlah, siapakah yang akan membeli kasut dan kain tafeta yang awak buat itu?"

Mendengar penjelasan tersebut, barulah pasangan itu mula menyedari bahawa apa jua perkara, jika tidak sesuai dengan keperluan semasa, tidak akan ada gunanya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Bu He Shi Yi" ini membawa erti, tidak sesuai dengan keperluan semasa atau keadaan yang sebenar. Ia jjuga digunakan untuk mempersenda perbuatan yang melanggar kelaziman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China