Cari:
Merenung Kesalahan dalam Ruang Tertutup (Bi Men Si Guo)
2010-12-01 11:10:38 CRI Cetak

Merenung Kesalahan dalam Ruang Tertutup

Asal Uusl:

Pada zaman Dinasti Han Barat (tahun 206-220 Sebelum Masihi), di negeri Yan, ada seorang pegawai kerajaan bernama Han Yanshou yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Daerah Zuopingyi. Pada suatu hari, ketika membuat tinjauan ke Kaunti Gaoling, dia terjumpa dua orang adik-beradik yang sedang bertelagah. Salah seorang daripada mereka berkata dengan marah, "Ladang milik saya telah dirampas oleh adik saya. Tolonglah tuan buat keputusan yang adil bagi saya."

Seorang lagi pula berkata dengan sedih, "Ladang itu sebenarnya diwariskan oleh ibu bapa kepada saya. Abang saya bersikap tidak wajar. Dia berkeras mengatakan ladang itu diwariskan kepadanya."

Peristiwa tersebut amat menyentuh hati Han Yanshou. Dia berkata dengan malu, "Sebagai Ketua Pengawas daerah ini, saya kurang cekap dalam mendidik rakyat jelata sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara dua saudara kandung. Ini bukan sahaja melanggar adat dan kesantunan, malah akan membawa aib kepada orang yang berakhlak mulia. Semuanya disebabkan kesilapan dan kecuaian saya. Saya tidak layak lagi memegang jawatan yang begitu penting ini."

Pada hari itu, Han Yanshou tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun dengan alasan sakit. Dia mengurung dirinya di dalam sebuah bilik untuk merenung kesalahannya. Apabila mendapat tahu hal tersebut, dua beradik yang bertelagah dan mengadu kepada Han Yanshou itu berasa sangat sesal. Mereka berdua segera menuju ke rumah Han Yanshou untuk meminta maaf daripadanya.

Ketika melihat kedua-duanya sudah insaf akan kesalahan mereka, barulah nampak sedikit kelegaan dan kegembiraan pada air muka Han Yanshou.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Bi Men Si Guo" ini bermaksud, merenung kesalahan dalam bilik yang ditutup pintunya atau dalam ruang yang tertutup. Peribahasa ini membawa erti, seseorang yang benar-benar insaf akan kesalahan dan kesilapan dirinya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China