Cari:
• Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Meihu
Meihu, yang juga dikenali sebagai Mei'e atau Mihu ini, ialah sejenis opera tempatan di provinsi Shaanxi yang terbentuk pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong Dinasti Qing. Opera ini juga sangat popular di beberapa kawasan di provinsi Shanxi, Henan, Hubei, Sichuan, Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.
• Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Errentai
Errentai yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian barat Mongolia Dalam serta beberapa kawasan di provinsi Hebei, Shanxi dan Shaanxi. Dalam proses perkembangannya, Errentai di keempat-empat kawasan tersebut sudah mewujudkan gaya seni masing-masing yang tersendiri.
• Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Wanwanqiang
Wanwanqiang ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian timur provinsi Shaanxi. Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana ia dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon yang menyanyi dan berdialog sambil memukul mangkuk tembaga yang kecil.
• Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Qinqiang
Qinqiang, yang juga dikenali sebagai "memetik rambang" (random pluck) atau "Bangziqiang", berasal daripada opera Xiqinqiang (Voice of West Qin). Kebanyakan opera Qinqiang dihasilkan berasas kepada cerita sejarah, cerita dongeng dan cerita rakyat.
• Opera Tempatan Bandar Tianjin: Pingju
Dalam proses perkembangannya, opera ini telah menyerap unsur seni Errenzhuan Timur Laut, iaitu sejenis seni rakyat di bahagian timur laut China yang bercorak duet, serta seni persembahan Opera Peking, wayang kulit dan opera drum, lalu membentuk keistimewaannya yang tersendiri.
• Opera Tempatan Provinsi Heilongjiang: Longjiangju
Longjiangju, sejenis opera tempatan di provinsi Heilongjiang ini, dikatakan terbentuk pada tahun 1960, berasaskan seni Errenzhuan, dengan menyerap seni rap serta tarian dan lagu rakyat tempatan. Ia merupakan salah satu opera yang paling "muda" di China.
• Opera Tempatan Provinsi Jilin: Xinchengxi
Xinchengxi ini dikatakan dicipta pada tahun 1950-an hingga 1960-an, berasaskan opera Bajiaogu, sejenis seni rakyat dalam masyarakat etnik Manchu di kaunti Fuyu, provinsi Jinlin yang dipersembahkan dengan diiringi dram berbentuk segi lapan.
• Opera Tempatan Provinsi Jilin: Errenzhuan
Errenzhuan, atau "Pertunjukan Dua Orang" dalam bahasa Melayu, merupakan sejenis seni opera rakyat yang bercorak seloka, yang sudah berakar umbi dalam jiwa kaum tani di bahagian timur laut China. Walaupun namanya "Pertunjukan Dua Orang", namun, sebenarnya, persembahannya tidak terhad dua orang sahaja.
• Opera Tempatan Provinsi Jilin: Huanglongxi
Huanglongxi, sejenis opera tempatan yang dicipta pada tahun 1950-an ini, berasal dari Kaunti Nong'an, bandar Changchun, provinsi Jilin, di bahagian timur laut China. Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana nama asal Kaunti Nong'an itu ialah Huanglongfu, sebuah bandar yang sangat terkenal dalam sejarah China.
• Opera Tempatan Provinsi Jilin: Jiju
Jiju ialah sejenis opera tempatan di provinsi Jilin yang dicipta pada tahun 1950-an, berasaskan seni Errenzhuan, iaitu sejenis seni rakyat dari bahagian timur laut China yang bercorak seloka. Dengan menyerap unsur-unsur seni opera Errenzhuan, opera ini menampilkan corak persembahan yang cukup menarik.
• Opera Tempatan Provinsi Liaoning: Labaxi
Labaxi ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di kaunti Haicheng, provinsi Liaoning di bahagian utara China. Dalam bahasa Mandarin, "Laba" bermaksud "trompet". Opera ini mendapat nama justeru kerana alat muzik utama yang mengiringinya ialah Suona, sejenis alat muzik tiupan klasik yang dipasang sebuah trompet pada bahagian bawahnya.
• Opera Tempatan Provinsi Liaoning: Opera Liaonanxi atau Yingdiaoxi
Opera Liaonanxi, yang juga dikenali sebagai Yingdiaoxi dari kawasan selatan provinsi Liaoning ini, merupakan jenis opera yang paling "muda" di provinsi tersebut. Opera ini dikatakan terbentuk pada tahun 1950-an berdasarkan seni wayang kulit tempatan.
• Opera Tempatan Mongolia Dalam: Opera Yangge
Yangge dari Mongolia Dalam, yang juga dikenali sebagai Bangzi ini, ialah sejenis opera tempatan yang terbentuk pada zaman Dinasti Qing, iaitu lebih 300 tahun yang lalu, berasaskan opera Yangge dari kaunti Shuo di bahagian utara provinsi Shanxi. Ia sangat popular di bandar Hohhot, kaunti Togtoh dan kaunti Liangcheng.
• Opera Tempatan Mongolia Dalam: Manhanju
Dengan menyerapnya unsur gaya pementasan dan teknik seni Opera Peking dan Opera Shanxi, di samping mengekalkan keunikan gaya persembahan tradisional Errentai, opera yang mempunyai keistimewaan yang unik dan tersendiri ini, menjadi "sekuntum bunga yang mekar indah" di dunia seni opera China.
• Opera Tempatan Mongolia Dalam: Errentai
Errentai yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian barat Mongolia Dalam serta beberapa kawasan di provinsi Hebei, Shanxi dan Shaanxi. Dalam proses perkembangannya, Errentai di keempat-empat kawasan tersebut sudah mewujudkan gaya seni masing-masing yang tersendiri.
• Opera Balada Peking
Ramai yang menyangka bahawa Opera Peking ialah jenis opera yang berasal dari Beijing. Padahal, Opera Balada Peking inilah satu-satunya opera yang terbentuk di bandar tersebut. Opera Balada Peking ini mula menjadi popular pada tahun 1950-an.
• Opera Beikun
Opera Beikun yang mempunyai sejarah lebih seratus tahun ini, merupakan cabang Opera Kun Beijing. Pada pertengahan zaman Dinasti Qing, opera Kun menjadi semakin merosot di Beijing. Sebilangan pelakonnya yang kehilangan punca rezeki, terpaksa berkelana ke provinsi Hebei, dan menyertai kumpulan Gaoqiang (pic tinggi) di sana.
• Opera Tempatan Provinsi Shanxi: Opera Beilubangzi (Opera Yanju)
Opera Beilubangzi (Bangzi yang bergaya utara), atau juga dikenali sebagai Opera Yanju ini, merupakan salah satu daripada empat jenis opera Bangzi yang paling cemerlang dari provinsi Shanxi. Ia menjadi sejenis opera yang sangat berpengaruh di bahagian utara China.
• Opera Tempatan Provinsi Shanxi: Opera Puju (2)
Mekap muka merupakan seni solekan pada muka pelakon untuk menggambarkan sifat watak. Mekap muka bagi opera Puju ini agak sederhana, tetapi benar-benar tepat untuk menggambarkan sifat wataknya, serta latar belakang keluarga mereka dan pengalaman mereka yang penting.
• Opera Tempatan Provinsi Shanxi: Opera Puju (1)
Dengan nada suara penyanyinya yang tinggi, lantang dan sederhana, opera ini lebih sesuai untuk mempersembahkan cerita sejarah tentang pahlawan-pahlawan yang penuh dengan semangat dan keberanian. Ia juga sesuai untuk menggambarkan sifat wataknya, serta meluahkan perasaan mereka.
1 2 3 4 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China