Cari:
China dan Tiga Negara ASEAN Banteras Dadah di Kawasan Sungai Mekong
2013-03-29 14:32:53 CRI Cetak

Jabatan penguatkuasaan China, Laos, Myanmar dan Thailand bersetuju mengadakan operasi bersama membanteras dadah dengan kod "laluan kapal yang aman" di kawasan Sungai Mekong dari 20 April hingga 20 Jun. Operasi ini bertujuan memerangi jenayah dadah yang amat serius di kawasan tersebut.

Dalam majlis pelancaran operasi itu di Beijing semalam, dimaklumkan bahawa tugas dan sasaran utama operasi kali ini termasuk membongkar kes pengedaran dadah rentas sempadan, mengadakan pemeriksaan bersama untuk memusnahkan jaringan pengedaran dadah di Segi Tiga Emas di kawasan Sungai Mekong serta memburu pengedar dadah. Selain itu, keempat-empat negara akan meningkatkan kerjasama dan kepercayaan bagi meningkatkan kemampuan penguatkuasaan antidadah serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China