Polis Myanmar telah menangkap berpuluh-puluh suspek lelaki yang terlibat dalam konflik perkauman yang tercetus di negara itu baru-baru ini. Mereka akan dihantar ke mahkamah menghadapi dakwaan dalam masa terdekat ini.
Peguam Negara Myanmar ketika diwawancara oleh Agensi Berita Bersekutu AS (AP) semalam menyatakan bahawa pihak polis telah menangkap 26 orang, separuh daripadanya adalah penganut Islam, dan baki adalah penganut Buddha. Beliau berkata, pihak berkuasa akan mengatur suspek tersebut menerima perbicaraan secepat mungkin supaya dapat membantu mengendalikan kegiatan kekerasan. Namun, tarikh perbicaraan belum ditetapkan kerana kes itu masih berada dalam siasatan.
Bagaimanapun, menurut anggaran yang disediakan oleh Pasukan Pertahanan Jenayah Polis Bandar Meikhtila, pihak polis telah menangkap 42 orang suspek, 30 orang daripadanya merupakan penganut Buddha.








