Cari:
Polis Kedah Rampas Dadah Bernilai RM6.3 Juta
2013-05-17 15:44:12 Agensi Berita China Cetak

Polis Kedah, Malaysia berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 28.8 kilogram yang bernilai lebih RM6.3 juta di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 14 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, rampasan itu adalah yang terbesar bagi polis Kedah dalam tempoh lima tahun, dan dadah terbabit dipercayai hendak dibawa ke Kuala Lumpur.

Rampasan itu susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta dipandu seorang lelaki, yang ditahan unit polis peronda lebuh raya.

Anggota polis memeriksa kad pengenalan dan lesen memandu suspek. Selepas diminta untuk membuka ruang penyimpanan barang kereta, suspek tersebut melarikan diri.

Polis Kedah sedang berusaha memburu suspek yang dikenali dengan nama keluarga Lim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China