Tindakan memerangi jenayah dadah yang diambil bersama oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand selama sebulan telah menakutkan sindiket dadah di kawasan aliran Sungai Mekong sehingga jenayah penyeludupan dadah di kawasan itu berjaya dibendung.
Di markas bersama operasi membanteras dadah empat negara di Xishuangbannan, provinsi Yunnan China, petugas pihak China, Lan Weihong menyatakan bahawa dalam tempoh sebulan lalu, 560 kes jenayah dadah telah dibongkar dan 812 orang suspek ditangkap, sebanyak 1.931 kilo dadah yang pelbagai jenis telah dirampas.








