Cari:
Indonesia Promosi Pelancongan di Xinjiang
2013-06-05 14:34:13 CRI Cetak

Rombongan yang diketuai oleh Duta Besar Indonesia di China, Imron Cotan mempromosi pelancongan dan perdagangan negara itu di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang semalam.

Pengerusi wilayah autonomi tersebut, Nur Bekri berkata, Xinjiang banyak mempunyai persamaan dengan Indonesia dari segi sumber alam, sosial, budaya dan agama. Xinjiang berpotensi besar dalam kerjasama dengan Indonesia dalam bidang pelancongan dan pelaburan. Beliau mengalu-alukan kedatangan syarikat Indonesia dan berjanji kerajaan wilayah itu akan menyediakan syarat yang baik kepada syarikat-syarikat Indonesia.

Setakat ini, China merupakan rakan perdagangan yang paling besar bagi Indonesia. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah USD 66.2 bilion pada tahun lalu. Pada masa yang sama, jumlah pelancong China ke negara itu mencecah 850 ribu orang, meningkat 14% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China