
Projek saluran paip gas asli China-Myanmar, yang diusahakan bersama oleh China, Myanmar, Republik Korea (Rok) dan India mula menghantar gas asli kepada China semalam.

Majlis perasmian dihadiri oleh Timbalan Presiden Myanmar, U Nyan Tun, Duta Besar China ke Myanmar, Yang Houlan dan Timbalan Pengurus Besar Syarikat Petroleum dan Gas Asli China, Wang Dongjin serta wakil empat negara tersebut di Mandalay, Myanmar semalam.








