Cari:
Hubungan China-Kemboja Berada dalam Tempoh Terbaik
2013-08-31 16:13:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Duta Besar China di Kemboja Bu Jianguo menyatakan baru-baru ini bahawa kerjasama China-Kemboja mencapai prestasi yang baik dalam pelbagai bidang dan hubungan kedua-dua negara ini berada dalam tempoh terbaik dalam sejarah.

Bu Jianguo berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 penjalinan hubungan diplomatik China-Kemboja dan tahun persahabatan China-Kemboja. Persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara berkembang pesat.

Tambah beliau, China dan Kemboja merupakan jiran dan rakan yang baik. Kedua-dua negara saling mempercayai dalam bidang politik. Pertukaran lawatan antara kerajaan dan parti kedua-dua negara sering diadakan dan ini turut mendorong perkembang hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, hubungan ekonomi dan kebudayaan juga berkembang baik. Pembangunan China akan membawa faedah kepada rakyat Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China