Cari:
China, ASEAN Komited Kukuh Hubungan
2013-10-18 14:17:17 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Menteri Luar, Wang Yi masing-masing bertemu dengan Setiauasaha Agung ASEAN, Le Luong Minh di Beijing semalam.

Yang Jiechia dan Le Luong Minh memuji pembangunan positif sejak perkongsian strategik China-ASEAN dijalinkan 10 tahun lalu. China dan ASEAN bersedia mengambil peluang ini untuk memajukan hubungan bilateral dan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.

Wang Yi berkata, dasar luar China mengutamakan ASEAN. Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang yang melawat ke ASEAN sebelum ini, mengemukakan inisiatif untuk memperkukuh kerjasama China-ASEAN. Kedua-dua pihak perlu melaksanakan sepenuhnya konsensus yang dicapai dalam lawatan tersebut untuk mempertingkatkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Le Luong Minh berkata, hubungan baik ASEAN-China menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau. Kedua-dua pihak perlu melonjakkan hubungan ASEAN-China ke tahap yang baharu melalui kerjasama pragmatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China