
China dan ASEAN dekat dari geografi, mirip dari kebudayaan dan merupakan rakan kerjasama yang penting. China bersedia memulakan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dengan seawal mungkin bagi menggalakkan kerjasama pragmatik dan membawa manfaat kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak.
Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ketika bertemu dengan delegasi Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN di Beijing petang semalam.
Para anggota delegasi ASEAN pula menyatakan kesediaan untuk berusaha bersama-sama China dalam melaksanakan cadangan mengenai penaiktarafan CAFTA bagi meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak ke tahap yang baharu.








