China berharap berusaha bersama-sama dengan ASEAN, memulakan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dengan secepat mungkin, terus meningkatkan kebebasan dan pemudahan perdagangan dan pelaburan bagi membentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lebih menyeluruh, bertaraf lebih tinggi dan membawa faedah yang lebih besar kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam sidang akhabr bersama-sama Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan Thailand, Nivatthamrong Boonsongpaisal semalam.
Nivatthamrong pula berkata, pegawai dari China dan ASEAN akan membincangkan butiran lanjut mengenai penaiktarafan CAFTA dalam mesyuarat Jawasankuasa Bersama CAFTA yang akan diadakan di Bangkok bulan depan.








