
Mesyuarat peringkat menteri ke-4 mengenai kerjasama bilateral dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan antara China dan Myanmar yang diadakan di Beijing semalam, dipengerusikan bersama oleh ahli Dewan Negara China, Guo Shengkun dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Leftenan Jeneral, Ko Ko. Kedua-dua pihak berikrar untuk memperkasakan kerjasama tersebut.

Ahli Dewan Negara China, Guo Shengkun (kanan) dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Leftenan Jeneral, Ko Ko (kiri)
Guo yang juga Menteri Keselamatan Awam China berharap badan penguat kuasa undang-undang kedua-dua pihak melaksanakan sepenuhnya persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara sebelum ini, di samping mengukuhkan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan, keganasan, pengedaran dan penyeludupan dadah serta memelihara keamanan di Sungai Mekong demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.









