
Ketua pengarah Studio Program Radio Persahabatan China-Kemboja di Phnom Penh, Xu Xiaoxia telah menemui Presiden Radio Kebangsaan Kemboja, Ton Yan pagi semalam.
Ton Yan menyatakan bahawa penubuhan Radio Persahabatan China-Kemboja amat bermakna dan menjadi simbol persahabatan kedua-dua negara. Program yang disiarkan radio itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pendengar Kemboja, termasuk beliau sendiri yang mengikuti siaran itu hampir setiap tengah hari. Tambah beliau, majlis ulang tahun kelima radio itu pada hujung tahun lalu yang disertai lebih 3,000 pendengar amat mengagumkan.
Xu Xiaoxia menyatakan siaran langsung program radio itu dijangka akan ditambah dari tujuh jam ke 16 jam sehari tidak lama lagi.








