Cari:
Penerbangan Sewa Khas Dari Wuhan Bantu Tingkat Ketibaan Pelancong China
2014-07-11 14:37:04 CRI Cetak
Bernama melaporkan, sebuah penerbangan sewa yang membawa 143 pelancong dari Wuhan, China, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL awal pagi semalam.

Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr. Ng Yen Yen berada di lapangan terbang pada 1.45 pagi, bersama-sama Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, secara peribadi menyambut pelancong berkenaan.

Ng berkata, penerbangan sewa khas dari Wuhan ke Kuala Lumpur telah diusahakan sebagai sebahagian langkah kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ketibaan pelancong dari China berikutan kemerosotan pelancong selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Ng berkata, ketibaan pelancong China menurun sebanyak 19.5 peratus pada April selepas insiden itu.

Penerbangan sewa khas Wuhan-Kuala Lumpur, bermula pada 30 Jun, menawarkan perkhidmatan tiga kali seminggu sehingga 29 Jun tahun depan, dengan unjuran 158 penerbangan. Usaha itu atas inisiatiaf Tourism Malaysia, Hubei Wanda New Airlines Travel Services dan China Eastern Airlines.

Ng berkata penerbangan dijadualkan pada Isnin, Rabu dan Jumaat dan dijangka membawa anggaran 26,386 warga China dan membantu Malaysia menjana RM76.2 juta dari segi resit pelancongan sehingga 29 Jun tahun depan. Penerbangan sewa khas ini adalah sebahagian pakej pelancongan dijual oleh Hubei Wanda New Airlines Travel Services yang akan membawa pelancong dari China melawat ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Baharu.

Ng juga berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk Air China menyambung semula penerbangan terus antara Beijing dan Kuala Lumpur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China