Perdana Menteri baharu Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam mengakui beliau akan menawarkan kerusi kebinet kepada beberapa anggota tentera. Langkah itu dikatakan untuk terus mengawal situasi keselamatan negara.
Prayuth yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO) dalam ucapannya menerusi televisyen pada malam semalam berkata, beliau akan memilih anggota tentera yang boleh dipercayai untuk menganggotai kabinet baharu. Mereka akan bertanggungjawab terhadap keselamatan negara.
Beliau berjanji pegawai tentera berkenaan akan dipecat dan dihukum jika mereka gagal memikul tanggungjawab atau melakukan perbuatan rasuah.








