Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott di Putrajaya Malaysia semalam. Kedua-dua pihak membincangkan kerja pencarian MH370 selanjutnya serta kerja mengumpul bukti dan mengenalpasti pesawat MH17 yang terhempas.
Pemimpin kedua-dua negara tersebut menyatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama dalam kes kemalangan MH370 dan MH17. Najib mengucapkan terima kasih kepada Australia atas bantuan dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang. Menurut Nazib, kedua-dua negara akan mebelanjakan kira-kira RM175 juta untuk terus menjalankan operasi pencarian. Tony Abbot pula berkata, fasa seterusnya bagi kerja pencarian MH370 akan dimulakan pada dua minggu akan datang.
Mengenai nahas pesawat MH17, Najib menyatakan bahawa Malaysia dan kumpulan penyiasat antarabangsa sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti. Anggota penyiasat berkenaan perlu dihantar semula ke lokasi terhempas pesawat MH17 di timur Ukraine sebelum ketibaan musim sejuk untuk terus mencari bukti yang mungkin tertinggal di sana.








