Pihak tentera Filipina semalam memaklumkan bahawa pasukan tentera Filipina dan A.S. akan mengadakan latihan pendaratan amfibia yang berlangsung selama 12 hari bermula hari ini.
Jurucakap Kor Marin Filipina, Jerber Anthony Belonio menyatakan bahawa majlis perasmian latihan tentera itu diadakan di ibu pejabat kawasan barat tentera laut Filipina di bandar Puerto Princesa, provinsi Palawan, selatan negara itu pada pukul 10 pagi tadi. Manakala, majlis penutupan pula dijadual diadakan pada 10 Oktober nanti. Lebih kurang 3,000 pegawai dan askar tentera laut A.S. dan 1,000 orang pegawai dan askar Filipina terlibat dalam latihan tentera kali ini.
Jerber Anthony Belonio menambah bahawa latihan tentera ini diadakan untuk meningkatkan keupayaan koperasi antara pasukan tentera kedua-dua negara di samping meningkatkan kemampuan untuk menghadapi bencana alam dan peristiwa yang tidak dijangka di rantau ini.








