Konsulat Awam China ke Cebu mengesahkan semalam bahawa seorang warga China yang diculik di selatan Filipina pada bulan September lalu berjaya dibebaskan.
Seorang pegawai konsulat itu memberitahu wartawan bahawa warga China tersebut berada dalam keadaan yang "tenang" dan telah bertemu dengan ahli keluarganya.
Pihak tentera Filipina juga mengesahkan laporan itu. Jurucakap pihak tentera Filipina, Harold Cabunoc semalam menyatakan bahawa warga China tersebut telah diserahkan kepada polis tempatan.








