Cari:
Pelancong China di Indonesia Selamat
2014-11-16 14:41:05 CRI Cetak

Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China selepas menghubungi jabatan berkenaan dari bandar Shanghai, provinsi Jiangsu, Zhejiang, Shanxi, Anhui, Sichuan dan Guangdong malam tadi mengesahkan bahawa setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan mengenai 29 rombongan pelancong China di Indonesia yang dilanda satu gempa bumi kuat pagi semalam.

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Maluku, Indonesia pagi semalam, yang menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di sekitar kawasan sejauh 300 kilometer dari tempat kejadian selain menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Berikutan bencana alam itu, kerajaan China mengeluarkan pelan kecemasan untuk membantu semua pelancong warga China tersebut.

Bagaimanapun, kehidupan di lokasi kejadian sudah kembali normal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China