Menurut Konsulat China ke Phuket, Thailand, kemalangan trafik yang berlaku di provinsi Phang Nga, selatan Thailand mengakibatkan 11 pelancong China cedera, antaranya lima orang cedera parah.
Konsulat itu memetik kenyataan polis tempatan sebagai berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi 14 Disember lalu apabila sebuah bas yang membawa 11 pelancong China melanggar dengan tiang lampu kerana kelajuan yang tinggi dan jalan yang basah dan licin. Selain 11 pelancong China, dua pemandu pelancong Thailand turut cedera








