Cari:
Indonesia Sasar Pertumbuhan Ekonomi 7%
2014-12-25 15:58:00 CRI Cetak

Pertumbuhan ekonomi Indonesia perlu terus meningkat tahun demi tahun dan mencapai kadar 7% dalam tempoh 3 tahun yang akan datang. Demikian dinyatakan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), dalam mesyuarat ekonomi kabinet baru-baru ini.

Menurut Jokowi, walaupun berhadapan dengan banyak kesulitan, namun matlamat ini masih boleh dicapai melalui usaha bersama kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia.

Beliau berkata, demi mencapai matlamat yang disasarkan, kerajaan akan memperkasakan usaha pembangunan infrastruktur termasuk lebuh raya, landasan kereta api, pelabuhan, loji kuasa elektrik dan empangan. Di samping itu, pihaknya juga akan berusaha memperbaiki persekitaran pelaburan, serta mengutamakan perkembangan sektor pertanian dan pengangkutan maritim.

Jokowi turut melahirkan harapan agar setiap lapisan masyarakat dapat memberikan sokongan kepada dasar kerajaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China