Kementerian Kewangan Myanmar menandatangani perjanjian dengan dua buah syarikat Jepun bagi menubuhkan Bursa Saham Yangon pada 23 Disember lalu. Perjanjian itu merupakan perjanjian urus niaga saham pertama yang dimeterai oleh Myanmar.
Berdasarkan perjanjian tersebut, Bursa Saham Yangon akan ditubuhkan dengan usahasama kedua-dua negara. Bank Ekonomi Myanmar memegang 51% syer, manakala 49% dipegang oleh kedua-dua syarikat Jepun tersebut.
Menteri Kewangan Myanmar ketika berucap dalam upacara menandatangani perjanjian itu berkata, penubuhan bursa saham akan memacu pembangunan ekonomi Myanmar, sekali gus membantu syarikat tempatan mendapatkan pembiayaan untuk pelaburan jangka panjang. Orang awam boleh menjalankan aktiviti jual beli saham yang disenaraikan di bursa saham tersebut.








