Cari:
EU Tubuh Dewan Perniagaan di Myanmar
2014-12-26 16:10:16 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) menubuhkan Dewan Perniagaan di Myanmar bagi memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada syarikat negara-negara EU yang melabur di Myanmar.

Menurut Duta Besar EU ke Myanmar, penubuhan dewan perniagaan itu akan membantu membawa lebih banyak rakan niaga untuk syarikat Myanmar, yang dianggap penting untuk menjana pembangunan ekonomi negara itu.

Menurut statistik EU, jumlah perdagangan EU-Myanmar kini terus meningkat berikutan kerajaan Myanmar mulai mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di samping EU membatalkan sekatan ekonomi terhadap negara itu. Jumlah pelaburan EU di Myanmar pula meningkat 52% sejak tahun 2013.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China