Kedutaan Besar China di Indonesia mengemukakan bantahan keras terhadap perisitwa seorang wanita warga China dirogol oleh anggota keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta yang berlaku pada 23 Disember lalu. Mangsa kejadian itu telah kembali ke China selepas melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis Indonesia.
Kedutaan Besar China menuntut pihak Indonesia menjalankan siasatan menyeluruh dan mengenakan hukuman keras terhadap penjenayah yang terlibat dalam kes tersebut.
Menurut pegawai Kedutaan Besar China di Indonesia, polis Indonesia sudah mengenal pasti dua orang suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol tersebut.








