
Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Ma Mingqiang, menyatakan bahawa pihaknya telah membina tiga rangkaian dan tiga platform untuk menggalakkan kerjasama pendidikan antara China dengan ASEAN.
Ma Mingqiang menjelaskan bahawa tiga rangkaian tersebut ialah rangkaian pendidikan vokasinal China-ASEAN yang merangkumi 390 buah sekolah, rangkaian penyelidikan dan pendidikan China-ASEAN serta rangkaian pendidikan universiti sains dan teknologi China-ASEAN. Manakala, tiga platform tersebut termasuk Pusat Pendidikan dan Kebudayaan China-ASEAN, Mingguan Pertukaran dan Pendidikan China-ASEAN serta Pertubuhan Persidangan Pendidikan Asia Tenggara bagi menggalakkan kerjasama pendidikan kedua-dua pihak.








