
Pemilihan Jawatankuasa Pembangunan Bandar Yangon(YCDC) telah diadakan kelmarin. Pengundi telah membuang undi di pusat mengundi untuk memilih 115 orang ahli Jawatankuasa. Ini merupakan pemilihan yang pertama bagi Myanmar memilih pegawai tempatan melalui pengundian terus dalam tempoh 60 tahun. Pegawai yang bertanggungjawab dalam pemilihan ini menyatakan bahawa pemilihan ini dijalankan secara telus, bebas dan sama rata.
Pemilihan ini dianggap sebagai tanda pilihan raya Myanmar akan diadakan pada tahun depan.
Parlimen Myanmar mengumumkan pada bulan lalu bahawa Perlembagaan tidak akan dipinda sebelum pilihan raya tahun 2015 diadakan. Hal ini bermakna pemimpin parti pembangkang, Aung San Suu Kyi, tidak boleh bertanding dalam pilihan raya Presiden Myanmar pada tahun depan.








