
Bambang Soelistyo
Pegawai Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia Bambang Soelistyo memaklumkan semalam bahawa pihaknya telah berjaya menemukan empat objek besar dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu, namun kotak hitam pesawat itu masih belum ditemukan.

Dalam sidang media di Jakarta malam semalam, Bambang Soelistyo berkata, empat serpihan ditemukan di tiga tempat yang berlainan di kawasan perairan tersebut. Serpihan yang paling besar kira-kira sepanjang 18 meter dan lebernya 5.4 meter. Sekarang mencari mayat mangsa tetap merupakan tugas utama dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pada hari yang sama, pegawai pengangkutan Indonesia menyatakan bahawa pihaknya akan menyiasat semua jadual penerbangan AirAsia, laluan penerbangan dari Surabaya Indonesia ke Singapura akan dibeku.








