Cari:
Pameran Lukisan 3D di Port Dickson
2015-02-13 09:56:19 CRI Cetak

Galeri Art Alive 3D di Dataran Segar Lukut, Port Dickson, negeri Sembilan, Malaysia berjaya menarik kira-kira 37-ribu pengunjung sejak dirasmikan pada 9 November lepas.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dataran Segar Sdn Bhd, Datuk Tenku Idris Tenku Hadi, dengan berlatar-belakangkan 49 jenis lukisan 3D, para pengunjung dapat merakamkan kenangan indah bersama keluarga secara kreatif mengikut pilihan dan citarasa masing-masing. Kesemua lukisan yang dipaparkan akan diubah mengikut peredaran dan keadaan semasa sebagai satu daripada langkah promosi untuk menarik pengunjung tempatan dan luar negara. Harga istimewa juga ditawarkan kepada mereka yang datang secara berkumpulan melibatkan lebih 10 orang dan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China