Cari:
Jokowi Gesa Polis Tentera Bantu Pertahankan Keganasan
2015-03-05 12:54:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini menyatakan bahawa memperkukuhkan kerjasama bagi menentang keganasan masih merupakan misi utama polis tentera Indonesia, terutamanya untuk membendung penyebaran fahaman dan penularan gerakan radikal kumpulan militan Negara Islam (IS) di Indonesia.

Jokowi berkata, kini, kegiatan pengganas IS telah menjadi isu masyarakat antarabangsa. Ejen risikan patut memainkan peranan untuk mengumpulkan maklumat risikan berkenaan.

Menurut Agensi Antikeganasan Kebangsaan Indonesia, sebanyak lebih 350 warga negara tersebut menyertai kumpulan militan IS dalam tempoh dua tahun yang lalu. Kerajaan Indonesia telah melarang sebarang individu yang menyokong IS dan turut mengeluarkan amaran kepada rakyat supaya tidak pergi ke Asia Barat untuk menyertai pertempuran IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China