
Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, yang berusia 91 tahun meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada pukul 3.18 subuh tadi.
Jabatan Perdana Menteri Singapura mengumumkan 23 hingga 29 Mac ini sebagai tempoh berkabung untuk pemimpin negara itu. Upacara pengebumian untuk mendiang Lee Kuan Yew akan diadakan pada 29 Mac nanti.
Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat kepada rakan sejawat beliau dari Singapura, Tony Tan Keng Yam untuk menyampaikan kawat takziah atas pemergian Lee Kuan Yew. Xi dalam kawat takziah beliau menyatakan bahawa mendiang Lee Kuan Yew ialah kawan lama rakyat China dan juga pengasas kepada hubungan China-Singapura. Beliau telah berjasa besar dalam meningkatkan persahabatan rakyat dan menerajui kerjasama antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam kawat takziah yang diutuskan kepada rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong berkata, mendiang Lee Kuan Yew telah berusaha bersama-sama dengan mantan pemimpin China membuka pintu kerjasama kepada persahabatan China-Singapura. Mendiang Lee Kuan Yew merupakan ahli politik yang diiktiraf oleh seluruh dunia dan juga salah seorang pengasas ASEAN yang banyak memberikan sumbangan kepada kedamaian dan pembangunan serantau.








