Cari:
Had Umur Pengambilan Semula Pekerja di Singapura Dilanjutkan
2016-04-11 14:35:43 CRI Cetak

Menteri Kementerian Tenaga Manusia Singapura, Sam Tan Chin Siong mengumumkan pada 8 April lalu, kerajaan akan melanjutkan had umur maksimum pengambilan semula pekerja daripada 65 tahun kepada 67 tahun bermula 1 Julai tahun ini.

Umur persaraan warga Singapura yang sah adalah 62 tahun. Namun, kerajaan telah mengeluarkan Akta Persaraan dan Pengambilan Semula pada tahun 2012. Menurut akta tersebut, majikan berkewajipan menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang berumur 62 tahun hingga 65 tahun, sekiranya mereka masih sihat dan mempunyai prestasi kerja yang baik.

Menurut statistik Kementerian Tenaga Manusia Singapura, hampir semua pekerja yang berumur lebih 62 tahun telah diambil bekerja semula sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China