Tiga rakyat Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Malaysia atas dua pertuduhan iaitu memiliki hasil hutan dan masuk Hutan Simpan Mersing tanpa permit pada Ahad lalu.
Tertuduh, Hasan, 41; Gomgom Manurung, 33, dan Lurensius Molo, 31, yang bekerja sebagai pemotong buah kelapa sawit mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dilakukan di Kompartmen 15 Hutan Simpan Mersing di Mersing, pukul 10.15 pagi, pada 22 Mei lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari menetapkan hukuman bagi dua pertuduhan itu iaitu denda sebanyak RM16,500 bagi setiap seorang atau dipenjara 20 bulan jika mereka gagal membayarnya.
--Bernama