Penerbangan terus dari Hangzhou, China ke Suratthani, Thailand yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Air China beroperasi pada 5 Julai lalu. Pada hari yang sama, penerbangan terus dari Zhenzhou, China ke Seri Begawan, Brunei Darusslam yang dikendalikan syarikat penerbangan Royal Brunei Airlines juga telah beroperasi.
Duta Besar Brunei ke China, Teo Chee Siong Magdalene dalam majlis pelancaran penerbangan yang diadakan di Zhengzhou menyatakan bahawa pelancaran penerbangan dari Zhengzhou-Seri Begawan boleh dikatakan sebagai satu petanda baharu untuk memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik Brunei dan China, selain merapatkan pertukaran kedua-dua negara dalam sektor perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kebudayaan.
Royal Brunei Airlines menawarkan penerbangan sekali pada setiap hari Selasa bagi laluan Zhengzhou-Seri Begawan dengan nombor penerbangan BI602. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira empat jam setengah. Zhengzhou menjadi bandar kedua yang ditawarkan penerbangan terus oleh Royal Brunei Airlines di Tanah Besar China selepas Shanghai.