Cari:
China, Kemboja Mahu Perkasakan Kerjasama Pragmatik
2016-07-06 16:32:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China bersedia meningkatkan penggabungan strategi perkembangan dengan Kemboja, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang secara menyeluruh, memperluas pertukaran sosiobudaya, mengekalkan koordinasi yang baik dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau bagi mendorong perkembangan hubungan China-Kemboja ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian dikatakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng ketika bertemu dengan Presiden Dewan Senat Kemboja Say Chhum di Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, Yu Zhengsheng telah memperkenalkan pendirian China dalam isu Laut China Selatan dan menyanjung tinggi pendirian Kemboja yang adil dan objektif dalam isu itu. Yu berkata, pihaknya bersedia mengekalkan hubungan erat dengan Dewan Senat Kemboja dan memberi sumbangan bagi memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara China dan Kemboja .

Say Chhum pula menyatakan, Kemboja menyokong dengan teguh pendirian China dalam isu Laut Selatan dan mengambil bahagian secara positif dalam pelaksanaan strategi "Jalur & Laluan" yang dikemukakan oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China