Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) mempersoalkan kesahan keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayan maritim di Laut China Selatan.
MCCC dalam satu kenyataan semalam menggesa kerajaan baharu Filipina supaya kembali ke meja rundingan dengan mengambil pendekatan proaktif untuk menemukan cara penyelesaian yang wajar.
Menurut MCCC, semua negara terbabit termasuk Malaysia perlu menangani pertelingkahan berkenaan secara damai, bersama-sama meneroka sumber asli di kawasan perairan dan bertindak untuk menjamin kebebasan pelayaran. Inilah sewajar dengan kepentingan serantau malah seluruh dunia.
Pertubuhan itu menegaskan, konfrontasi ketenteraan hanya akan mengundang kelar-kelar yang tidak dapat dibaiki terhadap ekonomi Malaysia, serantau, bahkan sejagat.
Mengenai keputusan muktamad PCA, MCCC mengkritiknya kurang menyakinkan kerana ia seratus peratus menyebelahi Filipina. Selain itu, hak-hak sejarah yang dinikmati China sejak zaman dahulukala yang dinafikan PCA juga tidak boleh diterima.
Dalam kenyataan tersebut pula menuntut Amerika Syarikat, bukan kuasa di rantau ini, supaya jangan campur tangan dalam isu Laut China Selatan dan mengeksploitasi undang-undang antarabangsa demi mengejar kepentingan diri.








