Cari:
China-Laos Bersedia Laksanakan Konsensus
2016-08-05 14:54:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sempena meraikan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos, kedua-dua negara bersedia untuk melaksanakan konsensus yang telah dicapai antara pemimpin-pemimpin negara, memainkan peranan penyelarasan Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Laos demi mendorong kerjasama yang saling menguntungkan.

Demikian persepakatan kedua-dua pihak ketika Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng, yang mengetuai delegasi ekonomi dan perdagangan China, menemui Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith di Vientiane semalam.

Kedua-dua pihak menyanjung tinggi kerjasama yang erat dan saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Gao dalam pertemuan itu memaklumkan kemajuan pelaksanaan persepakatan pemimpin kedua-dua negara. Beliau juga mencadangkan agar China dan Laos mempercepat strategi pembangunan dua hala, melaksanakan persepakatan dalam bantuan pembangunan, mengembangkan pelaburan perdagangan, mengukuhkan kerjasama ekonomi di kawasan sempadan China-Laos, di samping menggalakkan kerjasama ekonomi serantau secara aktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China