Cari:
Kapal Peronda Jepun Tiba di Manila
2016-08-19 15:26:38 CRI Cetak

Pasukan Pengawalan Pantai Laut Filipina (PCG), semalam mengesahkan bahawa satu daripada 10 buah kapal peronda yang dijanjikan oleh Jepun telah tiba di Manila pagi semalam.

Dimaklumkan, sebanyak sembilan lagi kapal peronda masih dalam pembinaan oleh Japan Marine United dan dijangka akan diserahkan kepada Filipina menjelang penghujung tahun 2018.

Menurut perjanjian yang dicapai antara Filipina dengan Jepun sebelum ini, kerajaan Jepun akan menyediakan pinjaman berjumlah USD158 juta (RM630 juta) kepada Filipina untuk membeli 10 buah kapal peronda tersebut melalui kaedah bantuan pembangunan rasmi (ODA).

Ketua Komendar PCG, William Millard berkata, kapal-kapal peronda tersebut akan masing-masing ditempatkan di tiga kawasan di barat Filipina untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang, antaranya termasuklah membanteras penangkapan ikan secara haram dan operasi penyelamatan kecemasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China