Cari:
300 Polis Filipina Disyaki Terlibat dengan Dadah
2016-08-24 14:38:33 CRI Cetak

Ketua Polis Filipina, Ronald de la Rosa menyatakan bahawa kira-kira 300 pegawai polis disyaki terlibat dengan urus niaga dadah.

Ketika menghadiri sesi inkuiri di Senat semalam, beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, mereka akan dilucutkan jawatan, selain bakal berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Dimaklumkan, pihak pemerintah akan mengawasi setiap gerak-geri pegawai tersebut setelah mereka didapati mencuri dadah yang dirampas, di samping terlibat dengan pengedaran dan penjualan najis dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China