Cari:
UnionPay Antarabangsa Tawar mPOS di Thailand
2016-11-30 15:22:12 CRI Cetak

UnionPay Antarabangsa semalam mengumumkan pihaknya akan bekerjasama dengan GoSwiff, syarikat perkhidmatan kewangan global untuk menawarkan perkhidmatan aplikasi kad mPOS di Thailand buat julung-julung kalinya.

Aplikasi tersebut menggunakan peranti mudah alih yang boleh didapati di kedai-kedai kecil dan sederhana di sekitar Chiang Mai, pusat kebudayaan yang terkenal dan destinasi yang selalu dikunjungi pelancong dan penduduk tempatan.

Menurut pegawai UnionPay China, kad UnionPay sudah boleh digunakan di kebanyakan mesin ATM dan 90 peratus pusat komersial di Thailand pada masa ini. Namun, masih terdapat banyak perusahaan kecil di Thailand masih menggunakan kaedah pembayaran secara tunai. Perkhidmatan aplikasi kad mPOS tersebut adalah untuk meluaskan penggunaan kad UnionPay dalam perniagaan kecil seperti katering dan pakaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China