Pusat Perdagangan Luar China dan Dewan Perniagaan Kemboja semalam telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU).
Sehubungan dengan itu, jumlah perdagangan dua hala China-Kemboja dijangka akan mencecah USD5 bilion pada tahun 2017.
Naib Ketua Dewan Perniagaan Kemboja, Lin Xing berkata, pihaknya akan menggalakkan komuniti perniagaan dan pelbagai syarikat di Kemboja untuk menyertai Ekspo Import dan Eksport Guangzhou ke-121.
Beliau juga berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan penubuhan cawangan di China, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Korea Selatan dan Jepun dalam usaha untuk menarik pelaburan dari syarikat dan negara-negara tersebut.








