Latihan bersama bantuan kemanusiaan dan penyelamatan bencana, "Naga Emas-2016" antara pasukan tentera China dengan Kemboja dimulakan di Kampong Speu, Kemboja pada 18 Disember lalu.
Pasukan tentera China telah berkongsi pengalaman dalam operasi menyelamatkan mangsa semasa bencana gempa bumi dan banjir. Pasukan tentera Kemboja turut berkongsi pengalaman dalam operasi menyelamatkan mangsa di sungai dan laut serta bomba.
Komander pihak China, Ye Fangchao menyatakan, operasi ketenteraan bukan peperangan diberikan perhatian yang semakin tinggi oleh tentera pelbagai negara. Komander Kemboja pula berkata, pihaknya dapat mempelajari pengalaman tentera China.
Latihan bersama kali ini bertujuan untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dan hubungan persahabatan antara tentera China dan Kemboja.