
Beberapa kali letupan telah melanda bahagian selatan dan tengah Filipina baru-baru ini. Namun, jurucakap jabatan presiden, Ernesto Abella menyatakan, Presiden Rodrigo Duterte tidak akan mengumumkan perintah berkurung.
Setakat ini, tiada sebarang pertubuhan mengumumkan untuk bertanggungjawab atas kes-kes tersebut yang belum lagi ditetapkan sebagai serangan keganasan.
Filipina berada dalam tempoh cuti Krismas buat masa sekarang yang menyaksikan bermacam-macam aktiviti perayaan diadakan di pelbagai tempat. Bagaimanapun, kemeriahannya tercemar dengan empat kali letupan yang berlaku secara berturut-turut.








