
Menurut akhbar Nanyang Siang Pau, penetapan harga insurans kenderaan dan kebakaran di Malaysia akan dibebaskan pada Julai tahun hadapan. Langkah ini dijangka akan meningkatkan persaingan antara pelbagai syarikat insurans, tetapi tidak akan menimbulkan perang harga.
Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor insurans mula mengadakan perbincangan untuk membebaskan penetapan harga insurans seawal tahun 2013. Prosedur berkenaan akan disemak semula pada tahun 2019 dan pembebasan sepenuhnya barulah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Menurut Kementerian Kewangan, jumlah pendapatan insurans umum di Malaysia pada tujuh bulan pertama tahun ini menambah 0.8% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dengan mencatat RM 10.7 bilion.








