Cari:
Jepun dan Indonesia Perkasakan Kerjasama Keselamatan Maritim
2017-01-16 15:19:59 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Indonesia, telah menghadiri pertemuan dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam.

Abe menyatakan bahawa pihaknya akan memperkasakan kerjasama dengan Indonesia dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan ekonomi.

Beliau berharap dapat mempercepat rundingan tentang perjanjian penyerahan kelengkapan dan pemindahan teknologi pertahanan bagi memperkasakan kerjasama dalam bidang tersebut.

Selain itu, Jepun juga berhasrat untuk menambah bantuan kepada Indonesia dalam pembinaan prasarana, keselamatan maritim dan antikeganasan, di samping meningkatkan pertukaran dengan Indonesia dalam bidang ekonomi bagi mendorong pembangunan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China