Menurut akhbar Jakarta Post, China telah mendahului Indonesia, menjadi negara sumber pelancong terbesar bagi Singapura.
Indonesia dan Malaysia masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.
Dari Januari hingga November tahun lalu, jumlah pelancong China ke Singapura melebihi 2.6 juta orang, meningkat 36 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2015, dengan jumlah pelancong dari bandar peringkat kedua meningkat 70 peratus.
Dalam pada itu, Singapura kini berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari bandar peringkat ketiga di China.








