Filipina sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN yang inklusif.
Demikian dinyatakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam majlis pengumuman rancangan perniagaan dan pelaburan 2017 ASEAN oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Filipina semalam.
Beliau berkata, Filipina sebagai pengerusi ASEAN akan memberikan tumpuan pada tiga aspek, iaitu perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, transformasi kepada "entiti ekonomi pintar" melalui teknologi dan inovasi, serta peranan wanita dalam hal ehwal ekonomi








